NMSB berdaftar dengan FINAS  PF 05/01000, DF 05/00591.
NMSB merupakan kontraktor bedaftar dengan Kementerian Penerangan (RTM) dalam membekal program -program TV.
Bidang ini dikendalikan oleh pengurus kami yang berpengalaman luas dalam bidang produksi TV/Drama iaitu Sulaiman Sahid Bin Ishak.

Sebelum menyertai Nad-zma Maju Sdn Bhd, Sulaiman Sahid Bin Ishak atau lebih dikenali dalam dunia perfileman sebagai Sulaiman Aqhlaken berpengalaman selama lebih 14 tahun dalam industri perfileman dan penerbitan video tempatan sebagai Pelakon, Penolong Pengarah, Pengurus Produksi dan Penerbit Eksekutif secara bebas atau bersama beberapa syarikat penerbitan filem dan video tempatan.Antara penglibatan beliau samada sebagai pelakon atau karyawan dalam telemovie, drama bersiri, documentary dan majalah tv adalah Kompang Buat Mardiah, Pudarnya Sinar Bintang,Egois,Tepian Muara, Meniti Janji, Atuk,Penyu,Skuad Harimau,Taming Sari,Hidayu,Bohong,Songket Cinta Bertenun Duka,Memoir Pecanting Batik,Mentari Production,Imbas Kembali,Self Resilience,Sinar Qayyum dan banyak lagi yang telahpun disiarkan di RTM,TV3,TV9 dan Astro Prima sejak tahun 1995.Di NMSB beliau bertanggungjawab menerajui bahagian penerbitan filem dan video seperti kerja kerja pemasaran,penerbitan dan khidmat pelanggan untuk stesyen stesyen tv tempatan, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan dan syarikat syarikat korporat

 
 
  Site Map